top of page

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak

"Penyatuan Ummah Bermula Di Sini...."
Kami Mohon Sumbangan Anda...

​

Maybank : 564799101428 Masjid Al-Khairiyah

Bank Islam : 12225010013829 Masjid Al-Khairiyah

​

Tabung Pengurusan Rumah Ibadat

​

Maybank : 564799128426 TPRI Masjid Al-Khairiyah

Pengecualian cukai LHDN keatas sumbangan anda...

Masjid Al-Khairiyah bukan hanya sekadar tempat menunaikan ibadah khusus semata-mata, malah ia berperanan sebagai sebuah institusi yang boleh merapatkan hubungan sesama jemaah dan menjadi medan menyatukan ummah di sekitar Taman Seri Gombak. Tanpa mengira perbezaan pandangan politik, usia, status pendidikan, pekerjaan dan latar belakang, kami menyediakan suatu wadah yang dapat mengumpulkan anak kariah dari seluruh masyarakat berbilang agama dan bangsa melalui program-program yang diadakan sepanjang masa.

​

Menyedari peranan masjid dalam membina masyarakat setempat bagi mendorong mengukuhkan ketaqwaan kepada Allah SWT, fokus utama sudah pasti diberikan kepada anak kariah beragama Islam melalui pelbagai aktiviti dan pengajian pada setiap hari. Alhamdulillah ianya telah meningkatkan serta merapatkan hubungan ukhwah serta mencetuskan bibit-bibit penyatuan dalam kalangan umat Islam di sini. Mudah-mudahan ianya akan terus menjadi suatu tempat memperkasakan legasi ummah dan berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman.

​

Selain itu kami juga memperluaskan program dan aktiviti sosial dengan memasukkan elemen dakwah kepada penduduk dan masyarakat multi etnik di sekitar masjid ini agar Masjid Al-Khairiyah terus mantap sebagai suatu platform menyalurkan seruan Islam. Insyaallah segala usaha dan pendekatan yang telah kami mulakan akan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga ianya berupaya mendorong masyarakat yang belum Islam untuk menerima Islam sebagai agama untuk dianuti suatu hari nanti.

bottom of page